Selamat Datang ke Lalatologi!

Selamat datang ke Lalatologi! Ya, ia segalanya mengenai lalat! Lalat adalah kumpulan serangga bersayap Order Diptera dan boleh ditemui hampir di mana-mana. Boleh dikatakan lalat adalah kumpulan serangga yang paling dominan di bumi kerana memiliki kepelbagaian ekologi dan morfologi. Majoriti larva lalat (ulat atau berenga) hidup membiak dan memakan sisa-sisa organik yang reput menjadikan mereka organisma pengurai semula jadi yang penting, termasuklah kumpulan lalat yang hidup pada mayat dan bangkai. Sifat ini amat berguna dalam siasatan forensik kerana ia boleh dijadikan rujukan untuk menganggar waktu kematian dan bidang profesional ini dikenali sebagai entomologi forensik. Di Lalatologi, anda dapat melihat dengan lebih dekat dunia lalat forensik serta warna-warni diversiti lalat, aktiviti-aktiviti penyelidikan entomologi forensik di Universiti Kebangsaan Malaysia serta maklumat-maklumat am mengenai lalat. Semoga maklumat yang disampaikan bermanfaat kepada semua!

Welcome to Lalatologi! Yes, it is all about flies! (in Malay, lalat=flies; logi=logy, a suffix “a study of”). Flies are winged insects from Order Diptera and can be discovered almost everywhere. They can be considered as the most dominant group of insects on earth because of their ecological and morphological diversity. Majority of fly larvae (maggots) are important as natural decomposers because they breed and feed on decaying organic materials, including cadavers and carcasses. This behavior can be very useful in forensic investigations as it can be utilized to estimate the time of death – a professional field of study known as forensic entomology. At Lalatologi, discover the world of forensic flies and other colorful diversity of flies, forensic entomology research activities at Universiti Kebangsaan Malaysia and general information about flies!