Megaselia baharu dengan bulu proktiger seperti “daun willow” dari China

Liu dan Liu (2021) telah menghuraikan spesies lalat phorid baharu daripada Heilongjiang, China, yang dinamakan sebagai Megaselia lanceoseta. Ia dinamakan sedemikian berdasarkan ciri-ciri bulu pada proktiger yang agak lebar dan meruncing. Spesimen tunggal ini ditangkap menggunakan jaring. Dalam huraian yang sama, Liu dan Liu (2021) turut menghuraikan rekod baharu dari China, Megaselia humeralis (Zetterstedt, 1838).

Rujukan:

Liu, G. & Liu, Z. 2021. A new species and a newly recorded species of the genus Megaselia Rondani (Diptera: Phoridae) from China. Entomotaxonomia 43(4): 1-5. doi: 10.11680/entomotax.2021032

You may also like...