Big-headed Fly aka Lalat Berkepala Besar

Lalat berkepala besar (Big-headed fly) ini sesuai dengan ciri-ciri fizikal berkepala besar tetapi bukanlah seekor lalat yang degil sifatnya. Kalau diikutkan simpulan bahasa Melayu, besar kepala bermaksud degil! Lalat ini dinamakan sedemikian kerana sifat kepalanya besar yang mana hampir keseluruhannya terdiri daripada mata majmuk yang besar.

Lalat ini berada di dalam Famili Pipunculidae dan bertabur di serata dunia. Namun, senarai spesies lalat ini di Malaysia masih belum pernah diterbitkan. Rujukan spesies mungkin boleh dilakukan melalui penerbitan oleh Hardy (1972).

Larva lalat ini dikatakan memparasit leafhopper dan planthopper (May 1979; Skevington & Marshall 1997). Malah fosil lalat Pipunculidae berjaya ditemui membuktikan kewujudannya sejak 49-52 juta tahun dahulu.

Gambar lalat Pipunculidae ini diambil semasa hiking bersama rakan-rakan sepejabat di Bukit Rupa, Hutan Simpan Kekal UKM.

Just check how Big-headed flies mating below!

https://www.youtube.com/watch?v=nNmwTDzCBDs

Rujukan:

  1. Hardy, D.E. 1972. Studies on Pipunculidae (DIptera) of the Oriental Region. Part I.
    Oriental insects supplement No.2, p.75-76
  2. May, Y-Y. 1979. The biology of Cephalops curtifrons (Diptera: Pipunculidae), an endoparasite of Stenocranus minutus (Hemiptera: Delphacidae). Zoological Journal of the Linnean Society . 66(1):15-29.
  3. Skevinton, J. & Marshall, S.A. 1997. First record of a big-headed fly, Eudorylas alternatus (Cresson) (Diptera: Pipunculidae), reared from the subfamily Cicadellinae (Homoptera: Cicadellidae), with an overview of pipunculid-host associations in the Nearctic region. The Canadian Entomologist. 129(3): 397-398.
  4. https://www.sciencedaily.com/releases/2014/01/140116190325.htm

You may also like...