Stratiomyidae – Lalat Askar

Stratiomyidae A

Ptecticus ?melanurus Walker. Photo: Raja Zuha

Lalat askar (Famili: Stratiomyidae), kebanyakannya dikenali dengan lalat askar hitam (black soldier fly) sedangkan ada di antara lalat askar yang berwarna perang atau kekuningan, seperti yang tergolong di dalam genus Ptecticus Loew. (Saya masih lagi kurang pasti dengan sebutannya, mungkin boleh disebut sebagai tek-tai-kas ).

Gambar di atas menunjukkan lalat Ptecticus ?melanurus Walker yang ditemui di Tapak Simulasi Sains Forensik UKM. Huraian ringkas lalat ini adalah seperti berikut: mesonotum tidak metalik, terdapat tanda-tanda berwarna jingga pada pangkal sayap manakala hujungnya kehitaman, dan tibia berwarna hitam.

Kekunci Ptecticus Malaysia telah disediakan oleh Rudolf Rozkošný &
Damir Kovac (1992) dalam The Malaysian soldier flies of the genus Ptecticus Loew 1855, including new records and descriptions of three new species (Insecta: Diptera: Stratiomyidae) .

Azwandi dan Omar (2012) pula telah melaporkan kolonisasi lalat dewasa dan larva P. melanurus pada bangkai monyet di UKM Bangi dan mencadangkan lalat ini sebagai salah satu indikator dalam penentuan selang masa pasca kematian minimum (minimum post mortem interval – mPMI).

You may also like...