Peranan Pakar Entomologi dalam Suatu Kes

30 Jun 2021 – Aktiviti terakhir bulan Jun dilengkapkan dengan Kuliah Industri Undang-Undang Keterangan dan Forensik, Fakulti Undang-Undang (FUU), UKM. Kuliah bertajuk Peranan Pakar Entomologi dalam Suatu Kes ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar Sarjana dan Sarjanamuda FUU ini bertujuan untuk menjelaskan kedudukan ahli entomologi forensik dalam siasatan kematian. Kandungan kuliah adalah sama seperti yang saya telah sampaikan dalam ceramah Forensic Entomology: Life After Death anjuran Persatuan Entomologi Malaysia. Walaubagaimanapun, penekanan diberikan kepada aspek siasatan dan perundangan oleh seorang ahli entomologi forensik. Ini kerana peranan ahli entomologi forensik masih disalah anggap yang mana ketiadaan prosedur yang piawai mengenai pengendalian spesimen serangga. Dalam masa yang sama, suatu bentuk latihan kompetensi perlu diberikan kepada anggota CSI PDRM supaya mempunyai kebolehan mengutip serangga dari tempat kejadian mengikut cara yang betul. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada rakan saya Dr. Ramalinggam Rajamanickam serta warga FUU kerana telah menjemput saya untuk berkongsi pengetahuan mengenai amalan entomologi forensik di Malaysia.

You may also like...