HOW FORENSIC ENTOMOLOGY BEGINS IN MALAYSIA
The first application of forensic entomology in Malaysia was recorded by Reid in 1953, regarding a homicide case happened in Penang in 1950. In that year, the Insitute for Medical Research of the Federal of Malaya (now Institute for Medical Research – IMR) received dipterous larval specimens from H.M. Nevin, a forensic pathologist. Larvae were collected from the body of a female victim in Penang. Larvae consisted of Chrysomya megacephala (Fabricius) with estimated age between 16 to 24 hours. This estimation was consistent with other evidence recovered by the police that the victim was murdered in less than 24 hours. In the same report, Reid also provided brief guidelines about sampling procedures to estimate age and determine insect species.
In 1972, a 27-year-old Chinese male body was found with multiple wounds in a forrested area at Templer Park, Rawang. During post mortem examination, numerous larval specimens were collected from the body and sent to IMR to estimate time of death. Based on development of C. megacephala, Sarcophaga sp. dan Chrysomya rufifacies (Macquart), the investigators estimated the body had been left in the environment approximately between 5-6 days. This was also the first record of C. rufifacies in forensic case in Malaysia. A decade later, Lee and Cheong recorded Hermetia sp. larvae from a decomposing cadaver.
Seeing forensic entomology as important research and investigation areas in Malaysia, Dr. Lee Han Lim from IMR reviewed fly species of forensically importance based on forensic cases from 1973 to 1983. The review also included larval processing procedures and technical issues that required attention. Subsequently, Dr. Lee reviewed forensic entomology cases in Malaysia for the year 1973 -1988, 1973-1993, 1993-1996 dan 1973-2002. He also researched the association of insects and dead bodies by using monkey carcasses in Ulu Gombak, Selangor. From the study, Dr. Lee compared insects that could be found from carcasses in open and half-buried environments.
Professor Dr. Baharudin Omar from Universiti Kebangsaan Malaysia (National University of Malaysia) further expanded forensic entomology research in Malaysia. In 1991, he and his research group conducted insect succession studies using monkey carcasses at a rubber plantation in Sungai Pusu, Gombak. As a result, they described forensically important species found at different stage of carcass decomposition. From 1992 to 1993, Prof. Baharudin recorded behavior of several forensic flies observed in the field and employed the knowldge in forensic investigation. One of his most important finding was the collection of Synthesiomyia nudiseta (Wulp)(Diptera: Muscidae) from five death cases , indicating its forensic value in indoor death cases in Malaysia. The first case was from a body found at ground floor of a building in Kuala Lumpur, and the remaining four cases were from Highland Tower disaster at Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor in 1993. Furthermore, he also gave a huge contribution to the identification process of Malaysian blow flies by documenting the taxonomic works. His involvement and passion in the field of forensic entomology have been written in his professorial inaugural lecture, “Siasatan Waktu Kematian: Langau Saksi Forensik (Time of Death Investigation: Blow Fly as Forensic Witness)”. From this point of development, Prof. Baharudin and Dr. Lee have nurtured many researchers and lecturers in forensic entomology.
*This is an excerpt from a journal article published in Malay language, “Raja M. Zuha & Ramalinggam Rajamanickam. 2017. Entomologi sebagai keterangan saintifik. The Law Review. 1:36-45.”
PERMULAAN ENTOMOLOGI FORENSIK DI MALAYSIA
Aplikasi pertama entomologi forensik di Malaysia direkodkan oleh Reid pada tahun 1953. Ia berkaitan dengan satu kes pembunuhan yang berlaku di Pulau Pinang pada tahun 1950. Pada tahun itu, Institut Penyelidikan Perubatan Persekutuan Tanah Melayu (kini Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia – IMR) menerima spesimen larva lalat daripada, H.M. Nevin, seorang ahli patologi dan doktor perubatan. Larva tersebut dikutip daripada mayat seorang wanita yang ditembak oleh penyamun di Pulau Pinang. Setelah diteliti, larva tersebut terdiri daripada spesies Chrysomya megacephala (Fabricius) yang dianggarkan berusia 16 hingga 24 jam. Anggaran ini konsisten dengan bukti-bukti lain yang dikumpul oleh pihak polis bahawa wanita tersebut telah dibunuh dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Dalam laporan yang sama, Reid turut memberikan panduan ringkas mengenai kaedah persampelan sampel forensik bagi tujuan anggaran usia dan penentuan spesies.
Pada tahun 1972, mayat lelaki berusia 27 tahun berbangsa Cina dijumpai di sebuah hutan di Taman Templer, Rawang dengan banyak kesan kecederaan.Di rumah mayat, pelbagai spesimen larva dikutip daripada tubuh si mati dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research) (“IMR”) bagi penentuan tempoh kematian. Pemeriksaan ke atas sampel larva tersebut menunjukkan ia terdiri daripada tiga spesies lalat iaitu C. megacephala, Sarcophaga sp. dan Chrysomya rufifacies (Macquart) dengan mayat dianggarkan telah berada 5-6selama lima hingga enam hari di persekitaran berkenaan. Dalam huraian tersebut, C. rufifacies yang dicirikan sebagai larva dengan “unjuran-unjuran yang berisi” ialah rekod pertama dijumpai pada mayat di Malaysia. Sedekad kemudian, Lee dan Cheong merekodkan penemuan larva lalat Hermetia sp. yang dijumpai pada mayat yang mengalami proses pereputan aktif.
Memandangkan entomologi forensik berpotensi menjadi satu bidang kajian dan siasatan serta penting di Malaysia, Dr. Lee Han Lim dari IMR menghasilkan ulasan terhadap spesies lalat berkepentingan forensik berdasarkan kes-kes yang diterima pada tahun 1973-1983, termasuk kaedah pemprosesan larva lalat dan isu-isu teknikal yang perlu diberikan perhatian. Ini diikuti oleh ulasan kes bagi tempoh 1973 -1988, 1973-1993, 1993-1996 dan 1973-2002. Beliau turut menjalankan penyelidikan terhadap hubungan antara serangga dengan mayat menggunakan bangkai monyet di Ulu Gombak, Selangor. Dalam kajian tersebut, serangga ditemui pada bangkai haiwan yang diletakkan di kawasan terbuka dan separa ditanam telah dibandingkan.
Profesor Dr. Baharudin Omar dari Universiti Kebangsaan Malaysia ialah pelopor kepada penyelidikan ekstensif entomologi forensik di Malaysia. Pada tahun 1991, beliau dan rakan-rakan penyelidik telah menjalankan kajian serangga pada bangkai monyet di sebuah ladang getah di Sungai Pusu, Gombak. Melalui kajian tersebut, beliau telah menyenaraikan spesies serangga berkepentingan forensik daripada pelbagai tahap perkembangan mengikut peringkat pereputan bangkai. Antara tahun 1992-1993, beliau merekodkan tingkah laku beberapa lalat berkepentingan forensik di lapangan. Dalam kes forensik, beliau merekodkan kehadiran lalat Synthesiomyia nudiseta (Wulp) daripada lima kes kematian. Kes pertama melibatkan penemuan mayat lelaki berbangsa Melayu di tingkat bawah tanah sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Empat kes yang lain melibatkan penemuan mayat daripada tragedi runtuhan apartmen Highland Tower, Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor pada tahun 1993. Selain itu, beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam pengenalpastian spesies serangga berkepentingan forensik, khususnya langau (Diptera: Calliphoridae) melalui penghasilan kekunci taksonomi. Penghayatan beliau dalam bidang entomologi forensik boleh dirujuk melalui buku syarahan perdana beliau, “Siasatan Waktu Kematian: Langau Saksi Forensik”. Hasil daripada perkembangan inilah, Prof. Dr. Baharudin dan Dr. Lee Han Lim melahirkan ramai penyelidik dan pensyarah di bidang entomologi forensik.
*Maklumat ini dipetik daripada artikel jurnal, “Raja M. Zuha & Ramalinggam Rajamanickam. 2017. Entomologi sebagai keterangan saintifik. The Law Review. 1:36-45.”