Platypezidae a.k.a. Flat-footed fly

Platypezidae

“Lalat berkaki leper” atau “lalat berkaki rata”? Walaupun namanya dipanggil sedemikian, tidak bermakna lalat ini tidak cekap berjalan seperti manusia yang mengalami masalah tapak kaki rata. Lalat ini boleh berlari dengan pantas dan ada kalanya pergerakannya mirip lalat mencalai atau scuttle fly. Ia mungkin dipanggil sedemikian kerana segmen tarsal hujung pada kaki hadapannya leper secara lateral. Yang jelas kelihatan di sini ialah lobus anal pada sayap yang sangat besar. Taksonomi kumpulan lalat ini boleh dirujuk melalui penerbitan Chandler, P. 1994. The Oriental and Australasian Species of Platypezidae. Inverterbrate Systematics 8(2): 351-434.

Lalat ini boleh dijumpai di kawasan berkelembapan tinggi dan larvanya bersifat fungivor (memakan kulat.

You may also like...