Half-earth oleh Edward O. Wilson

Edward O. Wilson menceritakan bagaimana bumi kini mengalami perubahan menuju ke Zaman Antroposen, yang mana persekitaran global telah diubah oleh manusia. Buku ini membincangkan kesan aktiviti manusia terhadap biosfera dan ekosistem serta kepelbagaian spesies yang semakin terancam. Fahaman Antroposen hanya mementingkan kemandirian manusia sedangkan semua spesies organisma di bumi ini hidup secara saling kait yang kompleks dan memerlukan sokongan antara satu sama lain untuk terus hidup. Kita mungkin sudah terlambat untuk memperbetulkan keadaan kembali kepada asal tetapi harapan masih ada dengan mengekalkan keseimbangan ekosistem alam semulajadi kawasan tersimpan dan sekitarnya. Buku ini diceritakan daripada perspektif seorang pakar serangga dan bagaimana biodiversiti mencorak masa depan yang lebih lestari.

Edward O. Wilson. 2016. Half-Earth: Our planet’s fight for life. New York: Liveright.